Sunday, December 8, 2013

HE IS MY BROTHER

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM..


Yes,he is my brother...Alhamdulillah coz i have him as a brother

Alhamdulillah i'm proud with him

his courage, his attitude, his comedy, his spirit, his determination

now i can see his effort in working part-time,i see his effort in his studies,he fills his free times with the good things(he loves qasidah)

i feel that he is better than me,better than me,better than me

now he becomes my ustaz,he tasmi' my quran,he teaches me tajweed

i feel shy with him

how come he can be that good ?


because of ALLAH,he has the intention to change himself long time ago but he didn't get support

yes that's my fault,but now of course i didn't want to repeat it again

i want to learn from him,on the same time i pray that we all will keep istiqomah in this path

and of course i love my siblings

ketinggian yg melampau..huhu GIGANTISM mungkin?
confirmla tinggi kalau lawan dgn adik bongsu ^_^


semalam dkt bukit jalil..he wears the jubah that i bought for him *_*





Sunday, November 17, 2013

TADABBUR & MUHASABAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


easy to say but difficult to practice

yes that's rite but as a Muslim i choose to face the difficulties to practice it

Allah berat sungguh ujian untuk usrahmate saya yang kehilangan mak dia pkul 4 ptg smalam
ya hari ni kami tadabbur tanpa dia,tanpa kata2 nsihat dr dia
semoga Allah memudahkan urusan dia

Saya pernah rasa kesakitan itu,sekarang Allah sedarkan kita betapa bazirnya masa kita sedangkan kita akan menghadapi mati

"Amirah,awak faham tak apa yang kita tadabbur"

surah an-naba ini satu perkhabaran atau peringatan yang besar dr Allah

tiba2 akk naqibah tegur,xsangka jauh fikiran da melayang

fikir mak dan adik2,

Alhamdulillah Allah bg peluang

hari ni akak naqibah ada cerita pasal "Romantika Ulat Buku"
hmm...banyak muhasabah

kita tak layak na fikir pasal kahwin sebab kita masih belum mampu uruskan perasaan sendiri
walaupun dalam istikharah kita nampak muka dia tapi kita kena sedar itu bukan jawapan untk kita lg
Allah suruh kita check sama ada kita layak atau tak.
bukan semata2 bergantung dgn jwpan istikharah tp diri sendiri masih bnyk kurangnya 

mmg terkesan apa yg akk naqibah kongsi
ambil ibrah dr apa yg dikongsi

Saturday, November 16, 2013

LESSONS TO LEARN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


Kalau kita hendak dihormati sebagai seorang perempuan
Kita kena menghormati mereka yang bernama lelaki

Kalau kita hendak disayangi oleh orang sekeliling
Kita perlu sayangi mereka yang berada disekeliling

Kalau kita hendak berjaya 
Kita kena faham apa itu sebenarnya sebuah kejayaan

Kalau kita hendak dapatkan syurga dan rahmat Allah
Kita kena tahu itu bukan mudah

"making a life?"
or
"living a life?"

 which one are you?

making a life
everyone can be that 
he/she wants to be a lawyer
of course he/she will work hard for that rite?

but 

living a life
this is for those who are unique
they can live with successful 
no matter where is he/she

this is what we called lessons to learn because no matter what happened we need to grab the positive side of the problem and let go the negative one.

and always keep faith to Allah
because we are in learning process
we will face the up and down
like a "roda"




#maafcampur2bahasacubanaberlatihnapolishknowledgesinenglish#

Wednesday, November 13, 2013

DAI'E.....? MAD'U.....?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.........

Dai'e tu apa....? mad'u tu apa.......?

Dai'e tu orang yang memberi dakwah...
Mad'u tu orang yang menerima dakwah atau didakwahkan...

Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan seperti apa yang dirancang oleh Allah
Dalam masa dua hari ini membuatkan saya berfikir
muhasabah
mencari apa silap yang saya dah buat?
mencari kesalahan atau kezaliman apa yang saya dah buat pada org lain? 
sehingga saya dizalimi atau saya yang menzalimi diri sendiri
sampai hilang fokus dalam hafalan surah yang dah dihafal dan yang dah ditasmi' bersama2 teman2
disebabkan masalah yang tak munasabah
Allahu rabbi,sedangkan minggu ini saya akan bersama dgn beberapa akhwat utk program di Shah Alam,reunion dgn sahabt2,urusan universiti,urusan mdsa,urusan mpp,urusan keluarga
semoga Allah bg kekuatan dan memudahkan urusan

syukur pada ALLAH kerana menyelamatkan hatiku,imanku
sebelumku hanyut dgn dunia yg tidak kekal

mencari ilmu bukan letaknya pada usrah semata2 
mengembaralah,bergurulah,dan sertailah majlis2 ilmu
cari bahan bacaan yang mendekatkan diri kita pada ALLAH

seperti apa yang dikatakan ustad ebit
AGAMA ITU UNTUK MEREKA YANG BERUSAHA


YA Allah,adakah aku golongan yang berusaha?
YA Allah.adakah aku golongan yang mengamalkan apa yang dikatakan dalam Al-Quran?
Atau aku lebih memandang kehidupan dunia,manusia yang suatu hari akan mati sebagai yang utama dari Engkau?

terima kasih YA Allah kerana Quran itu sangat sempurna,kerana ada jawapan untuk segala kesulitan

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg 
beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139) 

semoga aku tergolong dalam golongan yang beriman dan istiqomah

Sebuah hadis Ahmad daripada At-Tabrani bersumberkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; Nabi membahagikan hati kepada 4:

1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
2) HATI yang hitam dan terbalik kedudukannya (ATAS KE BAWAH dan SEBALIKNYA). Itu adalah hati orang-orang kafir.
3) HATI yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4) HATI yang musfah (melintang) tidak berdiri tegak dan tidak terjungkir. Di situ ada keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah dia tergolong.

Kita hanya mahu HATI yang pertama iaitu hati yang bersih kerana itulah syarat yang Allah tetapkan bagi kita untuk menemuiNya.

tiada siapa yang bagus dan baik yang hebat tapi sama2 kita baiki kelemahan dan kesilapan
saya akan berusaha untuk menjadi dai'e dan mad'u yg baik dan meningkatkan pengetahuan ttg agama
terima kasih untuk sahabat2,kakak2,adik2 yang sentiasa memberi kata2 perangsang dan menaikkn semangat 
sambil akak mengajak dan berkongsi ilmu dgn adik2 akak juga belajar banyak dr adik2



"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
(Surah At-Taubah ayat 129) 


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." 
(Surah Yusuf ayat 12)



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.






Tuesday, November 12, 2013

EMAK DAN AYAH :')

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Salam semua...Alhamdulillah kerana masih mampu bernafas dgn nikmat yang Allah beri..masalah semua kita susun ditepi sebab masha Allah apabila kita hendak membandingkan nikmat Allah dengan musibah yang diberi jauh banyaknya nikmat ALLAH...

Emak ? Ayah ? Siapa yang tak sayang dan kasih pada kedua ibubapa ? Semestinya kasih dan sayang mereka jika dibandingkan dengan kita jauh lagi besar kasih sayang mereka.. Allah Yang Maha Penyayang menjadikan ibu dan ayah sebagai tempat kita berkasih-kasihan. Bagi yang sudah kehilangan salah seorang atau kedua-dua sekali kirimkan doa agar mereka ditempatkan ditempat orang2 yg baik dan soleh disisi Allah.

Anak yang derhaka anak yang tidak mentaati ibu dan ayah. Ya Allah, jika dibandingkan sakit peritnya seorang ibu seorang wanita melahirkan anak tidak terperi sakitnya. Oleh sebab itu hormatilah seorang ibu dan seorang wanita.

Kisah saya dan kisah sahabat yang lain mungkin berbeza. Jujur rasa trauma kehilangan seorang ayah secara tiba2 membuatkan saya dan adik2 rasa bimbang,risau,sedih.

Cuma saya sangat terkejut bila dengar jawapan mak

"Kenapa nak takut kalau Allah ambil emak,emak ni milik Allah bukan milik kamu semua biarlah sekarang emak fikir nak besarkan anak2 emak,didik anak2 emak supaya ada yang boleh doakan emak dan arwah ayah..."

Jujur kami semua xsangka itu jawapan dari emak,air mata semua mengalir.takut..bimbang..Bagi siapa yang tahu erti kehilangan mungkin akan lebih faham cerita yang saya sampaikan.

Untuk emak dan adik2

Emak, maafkan saya jika saya pernah terkasar bahasa
Emak, maafkan saya jika saya pernah terlupa tanggungjawab saya
Emak, maafkan saya jika saya pernah terleka 
Emak, maafkan saya jika saya pernah tersilap bicara
Emak, terima kasih sebab didik kami semua
Emak, terima kasih sebab gantikan tanggungjawab seorang ayah
Emak, terima kasih untuk semuanya

Saya tahu ini semua belum cukup untuk membalas kasih dan pengorbanan emak :'(

may Allah bless us, terima kasih emak






Wednesday, November 6, 2013

AWAL MUHARRAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



1. Aq berazam na................................................
2.Aq berazam na.....................................................................
3. Aq berazam na............................................................................................
.......................................
.....................
......


Mesti banyak azam yang dah ditulis
Entahla saya jujur xsempat na berazam apa2
Xtahu kenapa?
Selalu saya org yg pling bersemangat na rancang mcm2
Mungkin still terkejut or masih na adapt dgn situasi yg bg saya 360 degree terbalik
tanggungjawab makin bertambah 
dan pada masa yg sama pengalaman juga makin bertambah
xsemua sukakan perkara baru tapi saya suka
cuma MAMPU ke..?

huh....
pernah baca kata2 dari kawan2 nie
MENYUMBANG JANGAN SAMPAI TERTUMBANG!!!
deep!
take a deep breath

BERUBAH
mesti kena tunggu tahun baru ke?
tak 
hari2 kna tajdid niat
tapi jujur cabaran sebagai muslim sekarang besar
kdg2 kita pun tersungkur

"YA ALLAH yang membolak-balikkan hatiku tetapkan aq atas agamaMU"


banyak masalah...banyak dugaan...banyak ujian
kat mana tempat aq mengadu?
tiap2 masa ada masalah...dugaan...ujian
ada ke yang na dengar tiap2 masa?
kenapa rasa sesak...rasa serabut...kenapa......?
kenapa solat xrasa apa2...?

kita lupa sebenarnya kita ada ALLAH tempat kita mengadu
5 kali sehari atau lebih kita dapat mengadu pada Dia
tapi kita banyak bergantung pada manusia 
sedangkan ALLAH tunggu dan bg kita peluang
berdoalah pada AKU,mengadulah pada AKU,menangislah pada AKU
AKU yg akan memudahkan segala kesulitan 
tapi kenapa engkau mengadu,merayu,menangis kepada selain AKU


"Kita ada masalah pukul 12 tghhari sabar..sabar..sabar...sebab kita akan jumpa ALLAH pkul 1 nanti(solat zohor),mintalah pada DIA,menangislah pada DIA,ceritalah pada DIA....."
-Pesanan Ustazah Norhafizah yang still saya ingat waktu pi Konvensyen Bidadari


xdela sampai xboleh na mengadu pada kawan2...tapi apa yang saya faham first sekali waktu kita ditimpa musibah,ada masalah mengadu pada Allah dulu then lepastu pda kawan2 sebab nasihat yg kwan2 bagi juga ilham dari ALLAH =)


salam maal hijrah



may ALLAH ease :)


Sunday, October 20, 2013

SAYONARA JAHILIYYAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Sayonara....? Apa tu....? Yeke korang xtahu bkn suka tgok crita jepun ke.....? Honestly saya mmg xtahu awal2 tapi lps ustazah sharifah terangkan time pengisian daurah maksudnya ialah selamat tinggal.

So....

SELAMAT TINGGAL JAHILIYYAH

"Apa kau ingat senang aq na tinggalkan semua hiburan yang memang dah bertapak dah tertanam dalam hati aq?? "

" Eh, tolong2 jangan na suruh aq rancang jadual tengok movie aq or suruh kurangkan ye..."

"Jahiliyyah? tolong sikit aq tak jahil ye..aq sekolah sekian2...bnyk ilmu aq ada...jgn na pandai2 ajar aq,aq dah besar aq berhak pilih jalan hidup aq,suka hati aq la na tgok crita ap,na pi dgr konsert ke..... "

"xpe2, aq rasa aq bukan antara kalangan korang,aq xbaik dan aq xlayak lagipun aq xsedia lg..aq minta maaf."



Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.................

Dah macam2 jenis jawapan saya dengar sendiri dan dari orang lain,tapi sedih bila ada yang bagi jawapan seolah2 dia tahu bila ajal dia.Tidak sedia? Sampai bila na bagi jawapan yang sebegitu rupa? Sampai apabila Allah tarik nikmat mata?nikmat telinga?Bila kita dah tidak dapat melihat artis2 pujaan kita dengan mata yang Allah bagi? Bila kita tidak dapat mendengar lagu2 yang menjadi kegilaan kita?

Ya saya tahu ayat yang saya gunakan ini seolah2 memaksa,menghukum tapi sedarlah saya gunakan cara ini bukan pada yang dalam fasa tidak tahu,tapi untuk orang2 yang tahu tapi mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak kerana tenggelam dalam lautan hiburan,bukan untuk pelajar2 SMK biasa2 tapi untuk mereka yang ALLAH bagi nikmat sekolah yang asasnya lengkap.

Tapi,dalam fasa kita hendak mengajak saya sendiri sedar hidayah bukan milik kita tapi milik ALLAH,tapi pilihan ada ditangan kita.

Dan saya ingin kongsi tentang protokol yahudi yang kesepuluh,rasanya macam xbagus bila kita dapat sesuatu dari program,ceramah kita tidak berkongsi sebab jujurnya untuk berdiri didepan sahabat2 dalam kelas untuk memberi tazkirah sangat susah dan segan.. kalu dgn prmpan ja oke =)

4S dan 4F

4S - Song , Sex, Smoke, Sport
4F - Fun, Female,Fashion, Food

boleh baca lebih di http://perdiqmakpmb.blogspot.com/2011/12/yahudi-ketawakan-kita.html

Okay,apa solusi na mujahadah tinggalkan benda ni...? Siapa yang suruh tinggalkan...? Saya suruh uruskan....

Rugilah kalau tak dapat tengok cerita korea kan,jepun,hindustan....?
Na tahu budaya mereka,bahasa mereka,makanan mereka..takde masalah tapi uruskan jangan sampai melalaikan sehingga kita tengok dan tonton babak2 yang tak sepatutnya..lebih2 lagi kalau yang tonton itu lelaki.Semua sedia maklum ujian lelaki adalah para wanita dan perkara2 yang menjurus kearah itu.

Biar kita merangkak-rangkak dalam perubahan tidak mengapa kerana untuk masuk kesyurga kita memerlukan rahmat dari ALLAH,jika disebabkan amal kita sebenarnya belum cukup untuk kesana :')


yang mengingatkan dan yang menasihati pun dalam fasa membaiki diri dan sentiasa perlu diingatkan :)

Saturday, October 19, 2013

CONVERT ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Topik yg na saya cakap adalah mengenai isu kalimah ALLAH, mungkin saya bukan yang teralim,bukan yang terbaik untuk bagi pendapat tentang isu ni...tapi lepas saya tengok video ni saya rasa sangat terkejut dengan penggunaan kalimah ALLAH yang memang kita tahu ia perkara biasa dalam kalangan orang Arab.

Untuk kita jadikan ia satu penggunaan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia memang tidak sesuai.

Ini disebabkan perbezaan ilmu yang kita dapat .Tidak semua betul2 faham ttng Islam walaupun orang Islam itu sendiri.Dan penggunaan kalimah Allah ini akan menambahkan kekeliruan orang bukan Islam hatta orang Islam itu sendiri.


Masa yang lapang tu boleh kita isi dengan sebaiknya dan mencari,mengkaji tentang Islam.Bukan menjadikan kehidupan kita seperti robot,belajar,kerja,lakukan aktiviti lain seperti biasa.Sekadar mengikut tanpa pendirian sebab itu kita mudah goyah apabila diletakkan ditengah kelompok manusia yang pelbagai (culture shock),dan berhujah tanpa ilmu.



#peringatan untuk diri dan yang lain2


Friday, October 18, 2013

FOR ME

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....



"STUDY ALSO A DA'WA"


simple but deep,thanks to you, it makes me realize my responsibilities,i need to start the engine now,i have the key which is the INTENTION but no ACTION,i wouldn't wait for tomorrow to start,

NOW ! NOW ! NOW !


We love to study, We love to gain knowledge, We love to share the knowledge with the others

But

We need to renew our intention ( tajdid niat)

for whom?

ALLAH THE ALMIGHTY

not

to make the others impress with us because apparently we have nothing


it is a gift from


ALLAH =)


midsem around the corner,may ALLAH ease :')



Wednesday, October 2, 2013

FAST FOOD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Salam semua.... ^_^ hope ceria2 semua....hmm,entri kali ni na kongsi sedikit pasal fast food? awat tiba2 nie?
Saja na kongsi perasaan bila dekat setahun lebih x makan K**,M**,Piz** *** dan semua makanan yang menyumbang kepada israel.

"Eh,korang tahu tak Palestin kena serang?"
"Yeke,jom2 boikot biar israel xdpt beli senjata"

biasa tak situasi ni terjadi? of course biasakan cuma biasa juga bila....

"Eh,aq rasa macam dah okay,macam dah aman je...dah lama kan kita x makan M**"
"Btul juga,boleh rasanya kalu kali ini je,rasa xbagi kesan apa2 pun..."

hmm,sebab tula setiap pekerjaan yang dibuat niat mesti kerana Allah,bukan saja2,kjap on kjap off..

"ala,manusia xsempurna,iman naik turun,sentiasa buat silap"

dush,rasa mcm na saletip je mulut org mcm ni,sampai bila na terus bagi alasan dan mencipta alasan jangan kita ingat dgn jwpan yg mcm tu kita boleh selamat.mmg betul tiada siapa yg maksum tp kita kena sentiasa muhasabah dan betulkan kesilapan kita,suka bila dgr lagu nasyid ni xingt tajuk apa tp lirik dia...

orang yang beriman tidak akan mengulangi kesilapan berulang kali
lihatlah hari esok......dah xingt.

just na share dakwah ini xmudah lbih2 lagi dgn ahli keluarga sendiri...

knape saya xmakan kat tempat2 mcm tu?

hati manusia ni lain2 rambut ja sama hitam...honestly,bila na start makan bnda2 ni mmg akan terlintas muka kanak2 palestin,gaza yg kena bom...Ya Allah,mmg xsampai hati bila fikir AQ PENYUMBANG KEPADA KEMATIAN DIEORG...rasa bersalah,selain doa,bnda2 mcm niela boleh tolong...ntahla,rasa kalau jadi dkt anak kita,adik kita...sedih,rasa xkuat...

so dlm family saya,budak2 kechik ni suka mkn bnda2 mcm tu,apa lagi sbagai kak long yg suka buat misi jln2 cari mkn berusaha cari kedai lain na pstikan semua puas hati trjumpala MFC dkt bangi..Malaysia Fried Chicken

Alhamdulillah,islamik kedai tu,gntung2 ayat quran,wifi pun ada,selesa pun selesa,santai...ad pizza,chicken chop...mcm2 lagi...kalau na mkn pizza pi domino,burger pi ja burger bkr abg burn ke,marybrown...

sebab makanan2 macam ini bukanlah satu keperluan tetapi satu kehendak so gunakan medium yg betul utk dpt penuhkan kehendak.

Bye2...da letih... ^_^
Assalamualaikum

Saturday, September 21, 2013

YA UKHTI....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Sebelum na teruskan,minta maaf sebab dah lama sangat  x update blog...sorry..sorry..sorry
Tapi yang lucunya bila first year ramai yang tegur

"Kak mira ada blogkan? Saya stalk blog akak "
"yang mana yer blog akak(pura-pura xkenal blog sendiri)"
"yang smile-smile tu" =) (tahan rasa na ketawa ja)

Terfikir bukan blog ni untuk semua baca ke...? xpe2 akak faham sampai instgram pun habis semua distalknyer xpe2 as long as awak perempuan, ya dialu-alukan awak semua follow akak...

Alhamdulillah dapat bersama dengan adik2 dalam 2 program yang dijalankan bersama sahabat2 dan senior2 yg lain.. ukhuwwah itu sangat manis bila kita dapat berkongsi bersama suka,tawa,duka..
tapi ukhuwwah itu sangat pedih bila bertepuk sebelah tangan misalnya kita sayang sahabat kita kerana Allah tapi sayang dia tidak merasai seperti yang kita rasa sebab itulah timbul masalah duri dalam daging,gunting dalam lipatan,buka aib kawan,sebarkan rahsia kawan..

Sekadar na kongsi pengalaman saya bersama dengan adik2 junior...naluri seorang kakak sulung tu mmg xboleh lari dari diri disebabkan terbiasa melayan budak-budak..

Setiap orang ada masalah sendiri...Alhamdulillah ada segelintir adik2 berkongsi masalah family one by one dengan saya..hmm, Allah Maha Penyayang...mmg xsangka saat kita rasa sedih sebenarnya ada yg lg sedih kehidupan dia dari kita...

Ada yg ayah sakit, abang sakit xsembuh2,masalah kewangan family...Allah sayang hamba2 Dia sbb tu Allah bg ujian supaya kita tidak sesekali melupakan Dia..

okay kita masuk pasal tarbiyah pula...

Tarbiyah,Usrah...hmm...masih jauh,masih fasa memahami,fasa meniti cari ilmu

Jalan yang kita pilih ini jalan untuk kita baiki diri kita,sahabat2,keluarga dan masyarakat sekeliling
Jalan ini awalnya indah rasa nikmat tarbiyah tp as time goes by perasaan itu akan diganggu
dengan masalah dunia yang melalaikan
saat itu perasaan bosan datang mengetuk
perasaan letih datang menerpa
perasaan rasa diri dah cukup ilmu mula menjalar


Sebab itu bila adik2 tanya akak

"Kak mira cuba cerita pasal usrah"

Okay akak bagi kronologi SPM...semua pelajar nak amik SPM tujuan dia satu SPM tapi dieorg gunakan medium sekolah yang berbeza2...macam itula usrah tujuan sama na capai daulah islam tapi cara berbeza-beza..tiada siapa yang salah.

Pasal perasaan bosan pula, na hadapi dia mudah kronologi akak bagi solat...tiap2 hari kita solat buat benda yang sama..mungkin kita xrasa perasaan bosan tapi orang lain ada tau yang rasa macam itu so apa solusinya?
Solat diawal waktu....lpastu kalau bosan lagi belajar duduk dekat sejadah awal 5 min sebelum solat...

Islam ni mudah tapi jangan memudah-mudahkan..Islam ni indah dan lengkap =)

Akak just mampu cerita surface pasal maratib amal,pasal jemaah2 yang ada tapi based on knowledge yang akak tahu...mcm2 soalan adik2 yang akk rasa xperlu cerita dalam blog sebab kita kena menyantuni pendekatan jemaah2 lain juga...next time kita pi keluar sama2 kita sambung cerita..ni ada sikit yang akak copy dari blog http://maalimfitariq.wordpress.com/category/tarbiyah/

Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah. Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.

Para Syuyukh Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk di dalam wasilah tarbiyah. Syeikh Hasan al-Hudhaibi pernah menyatakan :
“ Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan hal ini pada diri mereka, maka benarlah mereka  akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman..”


Sunday, August 18, 2013

KEJUJURAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah, tidak pasti bagaimana hendak gambarkan perasaan sekarang. Sekarang kita dapat nilai ukhuwah kita fillah atau tidak .







Ukhuwah dibina kerana Allah,pasti juga akan ada perselisihan kerana Allah hendak kita mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Dalam bersahabat tiada siapa yang berhak menilai diri sama ada diri ini layak atau tidak bersahabat dengan seseorang. Tiada juga istilah "  Dia baik, aq biasa2 je ".. Ini nasihatku :

Tiada siapa yang baik, tapi yang ada ialah mereka yang berusaha menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya, jika kita tahu hakikat ini kita akan berlumba-lumba untuk mengisi hari kita dengan kebaikan dan bergaul dengan mereka yang sama-sama inginkan kebaikan.

Sahabat2 akhwat yang membaca entri ini,  saat engkau masih mendaki mencari ilmu peganglah erat tanganku dan marilah kita sama-sama mendaki ,saat aq pantas kehadapan dan tertinggalkan kamu, ingatkanlah aq kerana aq mudah lupa.

Ujian ada banyak cabang, hati,persahabatan,nikmat dunia,keluarga,anak-anak,isteri,harta,kematian,kesakitan dan macam-macam lagi.

Yang lepas biarkanlah lepas, kita jadikan pengajaran.

Soal hati,maklumla ramai kawan2 yang hendak mendirikan rumahtangga. Pesanku untuk diriku dan sahabat2 akhwat yang lain :

Untuk kita bersama-sama membina keluarga islami dengan pasangan kita, timbalah ilmu sebanyaknya.
Bagi saya, rumahtangga ini bukan perkara yang mudah ia memerlukan pemahaman yang mendalam,bukan hanya pergi kursus kahwin dan bukan sahaja na ikut-ikut, kawan kahwin kita pun na kahwin tetapi ia lebih dari itu.

Dan yakinlah dengan Allah,

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

 Dan kita berdoala kepada Allah,

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dan bersabarlah,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (2:45)


(pray4Egypt,Syria,Gaza,RohingyaandallMuslimallovertheworld)



Thursday, August 15, 2013

HMM...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah cuti yang ada ini digunakan sebaik mungkin,berlumba-lumba adik beradik nak pastikan mak gembira..harta yang tidak ternilai,dapat tengok mak gembira rasa semua keletihan hilang.

Masa diisi macam mana?

Apa yang dimaksudkan dengan menyibukkan diri ?

Kena sibuk sangat2 ke?

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buat.

Na kongsi sikit perkara yang jadi baru-baru ni,dalam pada kita sibuk ada juga yang bercerita pasal kita..

Kawan,sahabat bagi saya membawa maksud yang sama. Dah kata kawan terpulang pada kita na cerita apa dekat dia dari A-----Z pasal kehidupan,kenangan dulu2,sekarang..Okay tapi apa yang saya na cerita sekarang apa perasaan kita bila ada yang tidak menjaga perasaan kawan lepas tu cerita macam2..?

Of course marah kan?

Tapi masalah takkan selesai selagi kita tak tanya perkara sebenar...tapi biasala banyak perkara yang akan putar belit..inilah yang dikatakan ujian..kena banyakkan bersabar dengan sikap kawan2..ya selama ni memang saya akan gunakan pendekatan yang lebih lembut tapi bila buat macam itu nampaknya ada yang senang na pijak kita..lemah sangat..jadi terpaksa nampak garang even itu bukan sikap kita..

Satu perkara yang saya belajar dari apa yang terjadi jangan percaya sesiapa 100%...


Okay,balik pada perkara awal sekali,isi masa kita...

1) Family - Tolong mak,bawa adik2 pi taman, gembirakan hati mak selagi kita mampu...

2) Ibadah - Try istiqamah kerjakan ibadah sunat, macam kami pelajar USIM semestinya kena ulang ayat2 Quran yang da hafal tu, bulan Syawal ni bolehla buat puasa sunat enam hari


3) Kawan - Tengah raya ni bolehla pi jalan2 raya rumah kawan2 tadika,skolah rendah,sekolah menengah dan cikgu..kawan2 uni. Lpas tu,eratkan ukhuwah dengan contact dan mesej kawan2 tapi akhwat dgn akhwat, ikhwah dgn ikhwah..hmm,dkat sini kita boleh check dan muhasabah diri kita kalu dekat fon kita buka je whatapps,line, viber  tengok berapa banyak mesej kita dgn yg opposite gender ni..yalah benda free senang na contact dgn berlainan jantina maksudnya kalu buka fon tu berderet mesej akhwat dan ikhwah check balik ibadah kita dan hati kita lagi2 macam saya yang tengah mencari tarbiyah senang cerita budak usrah..yalah,masuk usrah nie bukan na bagi orang jatuh thiqah kat kita sebab malu rasanya na cakap pasal thiqah ni sebab tak layak..bukan na rasa alim sangat bila orang panggil kita ikhwah or akhwat dan bukan sebab na cari orang na buat kumpulan tapi sebab kita dahagakan ilmu dan tarbiyah,jadi na ajak orang kena juga muhasabah diri dan kita nak orang faham apa motifnya usrah ni?tarbiyah? Takut jadi fitnah.. Kita na sahabat2 seperjuangan rasa nikmatnya tarbiyah ni.Kena bina kekuatan bila ajakan kita ditolak,bila kita difitnah..sabar.








Wednesday, July 31, 2013

LAILATUL QADAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Minggu lepas saya sekeluarga ada menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan Ustazah Asni Mansor. Rasanya semua kenal. Tak pasti sama ada saya yang baru tahu perkara yang semua orang dah tahu,tapi walaupun semua dah tahu rasa nak kongsi juga..

Kenapa agaknya Allah bagi malam lailatul qadar ni ?

Kisahnya begini pada zaman nabi dulu, ada sahabat yang cemburu dengan nabi

-nabi keturunan bani israil seperti nabi Ayub,Zakaria dan Yushak yang mana mereka beribadat selama 80 tahun lebih. Seperti mana yang semua tahu orang yang hidup di zaman nabi Muhammad dan setelah kewafatan baginda umurnya singkat2,pendek2..jadi bagaimana kita semua nak beribadat selama 80 tahun lebih ? Jadi Allah turunkan surah al-qadr bagi menggembirakan hati hamba2 Allah yang sangat suka beribadah.


Pada ayat ketiga cuba kita lihat,yang mana Allah menyebut ada satu malam yang mana lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar. 1000 bulan = 83 tahun lebih,lihatlah betapa kasihnya Allah pada umat nabi Muhammad yang mana hanya satu malam sahaja ganjaran ibadah kita bersamaan dengan 83 tahun lebih kita beribadah. Masha Allah.

Saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat2,sama-sama kita cuba menghidupkan lailatul qadar. Insha Allah,soal dapat atau tidak itu soal kedua. Apa yang penting ialah kita berusaha. oke ? =)
Ada lagi satu perkara yang saya baru tahu, ustazah kata ada satu riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w mendapat gelaran Habibullah iaitu kekasih Allah.

Kisahnya macam ini,

Allah bertanya kepada Nabi Ibrahim " Siapakah kamu? "
Nabi Ibrahim menjawab " Ana kholilullah " 

Seterusnya Allah bertanya Nabi Musa " Siapakah kamu ?"
Nabi Musa menjawab " Saya orang yang boleh bercakap dengan Allah "

Allah bertanya kepada Nabi Nuh " Siapakah kamu ?"
Nabi Nuh menjawab " Saya yang diselamatkan Allah "

Allah bertanya kepada Nabi Isa " Siapakah kamu? "
Nabi Isa menjawab " Saya ruh Allah,sebab seperti mana yang semua tahu Allah meniupkan ruh ke dalam rahim Maryam "

Dan akhir sekali, Allah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w " Siapakah kamu ?"
Tahu apa Nabi Muhammad jawab, masa saya dengar jawapan baginda rasa kerdil sangat diri ini untuk berbangga dengan apa yang kita ada..
Baginda menjawab " Saya yatim wahai Allah, saya buta huruf saya tidak dapat membaca dan menulis wahai Allah "
Allah terus memanggil baginda lalu Allah kata bahawa Allah sendiri yang akan memberi gelaran kepada Rasulullah " Anta Habibullah, Engkaulah kekasih Aku "

Nabi-nabi lain memberi gelaran kepada mereka sendiri tetapi lihat betapa indah dan tingginya akhlak Rasulullah yang mana baginda cukup merendah diri oleh sebab itu Nabi Muhammad merupakan satu-satu nabi yang mampu memberi syafaat.

Saya minta maaf jika ada kesilapan dalam perkongsian ini. Hope boleh diperbetulkan =)




Monday, July 29, 2013

TAHUN 1 =D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Selesai sudah tahun satu, cukup ke 3 Alhamdulillah bagi menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah?
Sudah semestinya tak cukup..hmm..banyak sangat nikmat yang Allah da bagi jika hendak dibandingkan dengan ujian yang kita dah lalui.. Subhanallah

Tahun satu di Fakulti Pergigian Usim ini baru permulaan yang sikit, tahun2 yang akan datang lebih mencabar dan mungkin lebih menyeronokkan(dapat teruskan misi jalan2 cari makan)....

serumah dengan akak2 tahun lima actually sangat2 best..macam2 benda boleh belajar bila tengok cara akak2 ni semua uruskan kehidupan diaorg,dan bagi saya sendiri waktu study dekat universiti ni adalah masa untuk kita menimba seberapa banyak pengalaman,ikut semua aktiviti2 universiti..pi daki gunung..masuk gua..pi ziarah orang tua dan remaja yang bermasalah cukup mematangkan pemikiran kami semua dalam melihat dan menilai kehidupan yang sebenar.Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, Allah melengkapkan manusia dengan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu membolehkan manusia menguruskan alam. Mengambil manfaat daripada kejadian langit, bumi, lautan dan pada masa yang sama mentadbir umat manusia supaya berakhlak mulia, mengejar kemajuan, membina tamadun serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu menepati ciri hamba yang taat dan bertakwa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 58)

Al-Quran menceritakan yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah al-Ahzab, ayat 72)






masjid besi
Terima kasih juga kepada sahabat2 yang ada disekeliling,waktu susah,senang,sedih,gembira..oke stop da msuk part rindu2..maklumla cuti sebulan lebih..memang xkan dilupakan jasa semua..hope sem depan ukhuwah kita makin utuh.. ^_^







BATCH KAMI =)

pengalaman baru..terlibat dengan organisasi dental seluruh Malaysia
hope dipermudahkan =)



Saturday, June 22, 2013

RAMADAN? ARE WE READY ?? ^_^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Narrated Abu Huraira (RA): 

The Prophet (PBUH) said, 

"Whoever does not give up forged speech and evil actions, Allah is not in need of his leaving his food and drink (i.e. Allah will not accept his fasting.)" 

Source: Sahi Bukhari Volume 3, Book 31, Number 127


Ramadan just around the corner..are we well prepared?
Qiam?
Terawih?
Tadarus ?
Tadabbur?
Pro-exam? (eh,tiba2 je na selitkan sekali ^_^)










PANDANGLAH KE BAWAH AGAR KITA LEBIH BERSYUKUR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

 Sedih...kecewa...marah...terasa...tacing...ego tercabar...sakit hati...banyak sangat art of emotion yang sebenarnya kadang2 kita tidak sedar..

Sudah semestinya sebagai spesies homo-sapien yang normal,saya pun pernah rasa macam tu..bagi saya untuk sampai ketahap kita mampu rendahkan ego,perasaan marah,tacing and terasa dalam memaafkan orang lain bukanlah sesuatu perkara yang senang. Banyak perkara yang kita terpaksa lalui untuk membina sifat2 seperti itu.

Rasanya minggu lepas kejadian ni berlaku, yang mana waktu itu ada sesi fotografi..tapi saya dalam keadaan emosi yang berbolak-balik...a lot of thing in my mind... sampai terekspres ke muka..masam... and semua tegur tanya "Kenapa mira ade masalah ke? Ceritalah..". Tapi time tu rasa lain mmg kena duduk dekat library and buka Quran cari ayat yang boleh tenangkan kita... tak semena-mena air mata ni jatuh..itula saat ketenangan yang saya rasa coz i found the answer..

Lain rasanya bila kita cerita dkat manusia dan kita meminta dr Allah sbb Allah yang ciptakan kita dan Dia yg berhak keatas kita dan Dia lebih tahu apa yang kita sendiri tidak faham dan keliru.

Satu conversation dalam kelas yang betul2 menyentuh hati saya :

"Mira, kau kenapa?"
"Aq xtahula bnyk sgt yg aq fikir.."
"Pasal arwah ayah kau ke? Kau jgn rasa kekurangan dekat situ.."
"Mmg pun kdg2 rasa terkilan tengok kwn telefon ayah dia semua..tp bukan tu je bnyk lg benda lain yg aq rasa kena baiki diri sendiri..na istiqamah dlm beribadah susah bknla prkara yg mudah.."
"Kau ingat aq xrasa ke mira..mak kau sihat..dia boleh dtg lawat kau,masak utk kau bnyk sgt yg kau boleh buat dgn mak kau..,kau tahukan mak aq sakit..aq x rasa apa yg kau rasa mira dkat 7 tahun.. air mata duk takung ja"

Ya Allah, rasa sangat tersentap..rasa sangat malu..rasa menyesal...Yes, now i realise...

Kawan2 saat kita rasa kita susah cuba kita tengok kwn2 lain yg lebih susah..
Kalu sedih luahkan pada Dia..Allah akan jawab setiap permasalahan kita dengan pelbagai cara...

Kadang2 kita rasa ada kwn2 yg na gunakan kita, rapat dgn kita bila dia susah...same goes to me..tp bila bnda tu terlintas dkt hati..time tu tnya diri...

"Aq buat sbb manusia or Allah? "
"Ikhlas ke aq?"
"Ap 3 perkara yg tidak akn terputus dr ank Adam lps dia meninggal?"

1- Ilmu yang bermanfaat
2- Sedekah jariah
3- Doa anak yg soleh n solehah

Jadi time ni kita sedar tangunggjawab kita as a khalifah..actually berat title ni..cuba terapkan buat kerana Allah even sebenarnya mmg sgt susah..coz sya pun cuba utk terapkan benda tu..
so cuba lupakan slow2 semua rasa tidak dihargai tu coz kerja syaitan ni mmg licik...

Syaitan : "Ala amirah, kau bukan x ikhlas tapi biasala kau manusia biasa ada perasaan, perasaan na dihargai...x menjejaskan pun amalan kau.. menurut ahli psikologi fulan A/L si fulan.. manusia apabila dipuji dan dihargai,semangat untuk dia membuat sesuatu perkara akan melonjak 10 kali ganda! "

Biasa tak benda ni jadi?

Syaitan : " Kau da tolong dia banyak sangat..tapi bila kau minta tolong ade dia tolong? Nmpk x dia gunakan kau? Ksian kau.. "

Syaitan : " Kau muda-muda lagi Allah da tarik ayah kau...tgok dia ada ayah tapi tengking2 ayah dia, x hormat ayah dia..ish2 ksian kau..."

Inilah racun yang berbisa..bisikan syaitan...dan syaitan mmg da berjanji dia akn sesatkan Anak Adam...

Sebab tu kena minta pertolongan Allah, agar hati yang mudah berbolak-balik ditetapkan atas agama ini..
Kawan2 yang sentiasa mengingatkan kita untuk terus kuat and sabar..

JOM CAPAI VISI KEHIDUPAN :

1) Tuntulah ilmu sebanyak-banyaknya (ilmu yg bermanfaat)
2) Ada duit jgnla lupa sedekah pada yang memerlukan (sedekah jariah)
3) Da sampai masa yang sesuai,dirikanla rumah tangga..( ank2 yg soleh dan solehah)



err...
#bilatengokbalikgambarkelasrasamalucozmasamsangatmukahilangsosweetsmile#


Monday, May 13, 2013

RAUDATUS SAKINAH

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM....

Assalamualaikum semua...mcm biasa hope semua sihat2...ceria2...and xmau tension2 oke? ^_^

Alhamdulillah, atas izin-Nya...kami pelajar perempuan first year dental USIM, selamat menyelesaikan misi kami yang pertama..! Misi kami untuk memahami masalah masyarakat dan membantu mereka diluar sana. semua mesti tertanya2,apa itu Raudatus sakinah??

Raudatus Sakinah merupakan satu organisasi yang menempatkan muslimat2 yang tersilap langkah. Kami disana adalah untuk memberi sokongan,sedikit tarbiyah,dakwah sekali gus membantu menaikkan semangat mereka agar tidak sesekali menoleh kebelakang melihat masa silam mereka.

Sebagai yang menguruskan program, saya merasakan ini adalah satu program yang dapat membuka minda dan pemikiran saya serta sahabt2 untuk melihat dan mempelajari sesesuatu daripada mereka pelatih RS.
Di sana lingkungan umur mereka dr 15-24 tahun,tapi kami dinasihatkan untuk merahsiakan umur kami agar mereka yang lebih berusia dr kami menghormati kami sepanjang program dijalankan. Kami juga dinasihatkan untuk membahasakan diri kami sebagai kakak. Selain itu,pelajar disitu mereka 100% terlibat dengan z**a dan lebih kurang 70% h***l.

Slot yg pertama iaitu slot taaruf dikendalikan oleh sahabat saya Hashima. Slot ini digunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Seterusnya, slot Muhasabah yang sepatutnya dikendalikan oleh sahabat saya Liana tetapi sebelum itu kami  mendengar luahan hati seorang pelatih yang datang dari Sarawak. Masha ALLAH,pengakuan dari pelatih ini membuatkan kami semua menitiskan air mata,bukan sahaja kami malah dari kalangan pelatih itu juga turut merasainya.

"Saya dr SARAWAK..(senyap)... dia menangis....tidak dpt meneruskan kata-kata"

Saat itu segar dalam memori saya...sebak,saya meluru kearah dia,memberi semangat...

"Adik kuat,akak tahu adik kuat...adik berani...kuatkan semangat..ingat ALLAH dik.."

Saya ulang kata-kata ini banyak kali sehingga dia tenang dan meneruskan kata-kata..

"Saya tak kenal al-Quran, saya xpernah solat kak..saya clubbing,sya minum arak..tersekat2 dia menceritakan kisah dia..selang-seli dgn tangisan..."

Ya Allah, saya betul2 terkejut bila dengar kisah lampau dia..dan memikirkan betapa kasihnya ALLAH kepada dia kerana memilih dan membuka jalan untuk dia bertaubat..Cuba kita renungkan masyarakat diluar sana yang masih dalam keadaan yang sama.. tugas kita bukan setakat ini..jauh lagi...dakwah tidak akn pernah berhenti.............

Selepas itu,slot tarbiyah dr saya sendiri.. Insan yg biasa dengan ilmu yang sedikit saya berkongsi dengan mereka untuk menaikkan semula semangat mereka...selebihnya tawakal..saya hanya mampu mengajak dan berkongsi selebihnya terletak ditangan mereka..tetapi sebelum itu saya menayangkan video Taubat & Harapan dari Dr. Asri..sgt menyentuh dan berkaitan dengan kehidupan lampau mereka. Ketika sesi tarbiyah itu dapat saya lihat wajah2 mereka yang penuh dgn penyesalan dan ingin kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.



penerangan dr pihak RS
arnab sebagi terapi setelah anak mereka diambil oleh keluarga angkat
sahabat2 perjuangan dunia dan akhirat ^_^





 pertandingan menghias kek

tarbiyah...x bnyk pun ilmu..hanya membantu memberi inspirasi
terharu melihat Dr yang sudi bersama kami walaupun sempit dan panas


-INI KISAH KAMI-




Sekian...Assalamualaikum ^_^