Assalamualaikum semua...mcm biasa hope semua sihat2...ceria2...and xmau tension2 oke? ^_^
Alhamdulillah, atas izin-Nya...kami pelajar perempuan first year dental USIM, selamat menyelesaikan misi kami yang pertama..! Misi kami untuk memahami masalah masyarakat dan membantu mereka diluar sana. semua mesti tertanya2,apa itu Raudatus sakinah??
Raudatus Sakinah merupakan satu organisasi yang menempatkan muslimat2 yang tersilap langkah. Kami disana adalah untuk memberi sokongan,sedikit tarbiyah,dakwah sekali gus membantu menaikkan semangat mereka agar tidak sesekali menoleh kebelakang melihat masa silam mereka.
Sebagai yang menguruskan program, saya merasakan ini adalah satu program yang dapat membuka minda dan pemikiran saya serta sahabt2 untuk melihat dan mempelajari sesesuatu daripada mereka pelatih RS.
Di sana lingkungan umur mereka dr 15-24 tahun,tapi kami dinasihatkan untuk merahsiakan umur kami agar mereka yang lebih berusia dr kami menghormati kami sepanjang program dijalankan. Kami juga dinasihatkan untuk membahasakan diri kami sebagai kakak. Selain itu,pelajar disitu mereka 100% terlibat dengan z**a dan lebih kurang 70% h***l.
Slot yg pertama iaitu slot taaruf dikendalikan oleh sahabat saya Hashima. Slot ini digunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Seterusnya, slot Muhasabah yang sepatutnya dikendalikan oleh sahabat saya Liana tetapi sebelum itu kami mendengar luahan hati seorang pelatih yang datang dari Sarawak. Masha ALLAH,pengakuan dari pelatih ini membuatkan kami semua menitiskan air mata,bukan sahaja kami malah dari kalangan pelatih itu juga turut merasainya.
"Saya dr SARAWAK..(senyap)... dia menangis....tidak dpt meneruskan kata-kata"
Saat itu segar dalam memori saya...sebak,saya meluru kearah dia,memberi semangat...
"Adik kuat,akak tahu adik kuat...adik berani...kuatkan semangat..ingat ALLAH dik.."
Saya ulang kata-kata ini banyak kali sehingga dia tenang dan meneruskan kata-kata..
"Saya tak kenal al-Quran, saya xpernah solat kak..saya clubbing,sya minum arak..tersekat2 dia menceritakan kisah dia..selang-seli dgn tangisan..."
Ya Allah, saya betul2 terkejut bila dengar kisah lampau dia..dan memikirkan betapa kasihnya ALLAH kepada dia kerana memilih dan membuka jalan untuk dia bertaubat..Cuba kita renungkan masyarakat diluar sana yang masih dalam keadaan yang sama.. tugas kita bukan setakat ini..jauh lagi...dakwah tidak akn pernah berhenti.............
Selepas itu,slot tarbiyah dr saya sendiri.. Insan yg biasa dengan ilmu yang sedikit saya berkongsi dengan mereka untuk menaikkan semula semangat mereka...selebihnya tawakal..saya hanya mampu mengajak dan berkongsi selebihnya terletak ditangan mereka..tetapi sebelum itu saya menayangkan video Taubat & Harapan dari Dr. Asri..sgt menyentuh dan berkaitan dengan kehidupan lampau mereka. Ketika sesi tarbiyah itu dapat saya lihat wajah2 mereka yang penuh dgn penyesalan dan ingin kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.
penerangan dr pihak RS |
arnab sebagi terapi setelah anak mereka diambil oleh keluarga angkat |
sahabat2 perjuangan dunia dan akhirat ^_^ |
pertandingan menghias kek |
tarbiyah...x bnyk pun ilmu..hanya membantu memberi inspirasi |
terharu melihat Dr yang sudi bersama kami walaupun sempit dan panas |
-INI KISAH KAMI- |
Sekian...Assalamualaikum ^_^
mira, meremang aku bila baca mira. inilah hakikat masyarakat kita harini. mereka perlu kita santuni :(
ReplyDeleteYa Allah,sahbat...lama xdgr brita..kalu anti meremang..ana yg dgr crita dieorg live rasa lg meremang..bnyk lg crita yg ana na kongsi tp ni ja yg mampu ditulis :)
ReplyDelete