Syiah? Ad ape dgn syiah?? Besar ke pengaruh fahaman syiah nie??? Jom kita bongkar ttg syiah...hmm...da mcm edisi siasat....yg tv 7...zmn dulu kala...
Hmm...apa yg buatkan saya tertarik na study psl fahaman syiah nie?? Nie semua time cousin saya ad buat mjlis kesyukuran sambut bufday ank die...time tu kiteorg ad majlis orientasi kat nilai tp saya dgn kwn2 yg lain pi mjlis tu...time tgh duduk mkn2...tiba2 ad beberapa org Arab nie dtg mjlis tu...cousin sya mmg ramai kwn foreigner tp majornyer dr iran...iraq...hmm..muka comel2...tudung labuh2...stylista lg tu...tp cousin saya ckp dieorg nie fahaman syiah..maaf yer Universiti mana dirahsiakan...dieorg xdela smpai sebarkan kat kwn2 dieorg psl syiah nie...cuma pelik and rasa nak tahu coz cara die solat pun lain....tp bru skarang na kaji psl syiah nie... salah satu perpecahan umat Islam... sbb fahaman berbeza..ye ke? Actually bkn tu yg buatkan kita umat Islam berpecah tp terjadinya perpecahan ini disebabkan masing2 rasa masing2 betul and xna faham n hormat yg lain... tp x bermaksud kita akn biarkan kebatilan tertegak di muka bumi and kebenaran tertanam di dalam perut bumi !
Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.
2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.
2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.
copy dr blog bahayasyiah.blogspot.com/
kategori orang Islam lagi tapi sejauh mana hukum itu saya x tahu..
ini Imam 12 yang didakwa mereka..antaranya Saidina Ali yang dilakar wajahnya.. |
Upacara ketika menyambut hari Asyura |
Cara mereka bersolat...sujud diatas batu karbala |
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment