Alhamdulillah, tidak pasti bagaimana hendak gambarkan perasaan sekarang. Sekarang kita dapat nilai ukhuwah kita fillah atau tidak .
Ukhuwah dibina kerana Allah,pasti juga akan ada perselisihan kerana Allah hendak kita mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Dalam bersahabat tiada siapa yang berhak menilai diri sama ada diri ini layak atau tidak bersahabat dengan seseorang. Tiada juga istilah " Dia baik, aq biasa2 je ".. Ini nasihatku :
Tiada siapa yang baik, tapi yang ada ialah mereka yang berusaha menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya, jika kita tahu hakikat ini kita akan berlumba-lumba untuk mengisi hari kita dengan kebaikan dan bergaul dengan mereka yang sama-sama inginkan kebaikan.
Sahabat2 akhwat yang membaca entri ini, saat engkau masih mendaki mencari ilmu peganglah erat tanganku dan marilah kita sama-sama mendaki ,saat aq pantas kehadapan dan tertinggalkan kamu, ingatkanlah aq kerana aq mudah lupa.
Ujian ada banyak cabang, hati,persahabatan,nikmat dunia,keluarga,anak-anak,isteri,harta,kematian,kesakitan dan macam-macam lagi.
Yang lepas biarkanlah lepas, kita jadikan pengajaran.
Soal hati,maklumla ramai kawan2 yang hendak mendirikan rumahtangga. Pesanku untuk diriku dan sahabat2 akhwat yang lain :
Untuk kita bersama-sama membina keluarga islami dengan pasangan kita, timbalah ilmu sebanyaknya.
Bagi saya, rumahtangga ini bukan perkara yang mudah ia memerlukan pemahaman yang mendalam,bukan hanya pergi kursus kahwin dan bukan sahaja na ikut-ikut, kawan kahwin kita pun na kahwin tetapi ia lebih dari itu.
Dan yakinlah dengan Allah,
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Dan kita berdoala kepada Allah,
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
Dan bersabarlah,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (2:45)
(pray4Egypt,Syria,Gaza,RohingyaandallMuslimallovertheworld)
thumbs up!!
ReplyDeleteThumbs very very uppppp
ReplyDeleteBest
ReplyDeletenice! :) ihik..:)
ReplyDelete