BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM
" Assalamualaikum, pak cik saya ada hajat ni, boleh saya pinang anak pak cik ? "
Terkejut Pak Dollah mendengar lamaran Kamil .
" Apa? Kau cakap apa ni Kamil ? Apa yang engkau ada nak tanggung anak aku ? " soal Pak Dollah bertubi-tubi.
" Saya memang takde apa-apa pak cik tapi saya sayang dia,saya akan jaga dia dengan baik. Saya janji pak cik," kata Kamil bersungguh-sungguh.
"Kamil, kamu banyakkan istighfar soal kahwin ni bukan soal main-main,sayang kamu tu tak boleh bagi nasi,baju,tempat tinggal pada anak pak cik," kata Pak Dollah tegas.
Kamil pulang dengan perasaan hampa. Dia termenung melihat pemandangan sawah padi yang berada di belakang rumahnya sambil mendengar IKIM.FM. Pada dia termenung dia tersentuh dengan kata-kata penceramah dalam slot berkaitan rumahtangga.
"Seorang suami adalah ketua pada isterinya.Suami wajib menyediakan keperluan untuk isterinya seperti pakaian,makanan,rumah dan lain-lain.Tujuan sebuah perkahwinan adalah untuk memenuhi fitrah manusia,menyambung keturunan umat Nabi Muhammad,mengikut sunnah baginda dan pelbagai sebab lain.Dosa seorang isteri akan ditanggung suami dalam konteks aurat,percakapan,dan ketaatan. Seorang suami perlu sempurna agamanya,solat jamaah,puasa dan lain-lain. Hubungan yang dibina sebelum perkahwinan yang merupakan perkara yang mendekati zina sangat ditegah Allah dalam Quran yang mana rahmat Allah tidak akan bersama dengan pasangan itu selepas mereka mendirikan rumahtangga."
Kamil terdiam. Dia kini sedar banyak perkara yang perlu dia baiki,sangat banyak. Target Kamil selepas dia habis pengajian dalam bidang perubatan,dia akan melamar Sarah semula dan dia memilih cara yang terhormat dimana dia tidak mahu mendekati zina,dengan tidak mengadakan apa-apa hubungan cinta dengan Sarah kerana takut akan azab Allah,soal jodoh dibiarkan kepada Allah.Usahanya adalah menambahkan ilmu dari semua sudut dan menyimpan wang dari sumber pencarian yang halal tanpa syubhah.
No comments:
Post a Comment