Friday, March 14, 2014

INGATLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


INGATLAH !!!

Kalau hawa nafsu itu ditekan akan lahir kemuliaan,
Dan saat keinginannya dipenuhi,
Di situlah ada kehinaan abadi,
Di saat seseorang menyerah kepada nafsu,
ketika ia mahu tapi tak mampu mencegahnya,
untuk terjerumus ke dalam kebatilan,
menggiring kepada dosa dan maksiat,
hanya untuk meraih KEMANISAN YANG HAMPA


Firman Allah SWT :

" Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka syurgalah tempat tinggalnya "

(An-Nazi'at : 37-41)

Satu petikan dari risalah yang berkaitan tarbiyah dzatiyyah yang mana point nombor 4

4. Tarbiyah dzatiah lebih mampu menghasilkan perubahan diri.

Setiap Muslim pasti memiliki aib,kelalaian dan melakukan perkara yang berdosa sama ada sebelum atau sekarang. Ia lebih tahu akan rahsia dirinya,kelemahannya dan kekuatannya. Maka seseorang itu tidak akan dapat meluruskan kesalahan-kesalahannya atau memperbaiki aib-aibnya dengan sempurna dan kekal jika ia tidak melakukan tarbiyah dzatiyah. Jika ia menginginkan pembinaan dirinya, ia sendirilah yang lebih layak untuk merancang tarbiyah dzatiyyah untuk dirinya bagi mencapai perubahan diri.

Rasanya lebih baik bila kita sampaikan pada orang lain tentang sesuatu ilmu,adalah lebih baik kita sendiri yang melakukan apa yang kita katakan dan pelihara dari melakukan perkara yang dilarang yang akan membawa kehinaan pada diri sendiri bahkan menjadi fitnah pada diri,keluarga dan agama.




- صدق الله العظيم -

Sunday, March 2, 2014

K.K ^_^

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM


" Assalamualaikum, pak cik saya ada hajat ni, boleh saya pinang anak pak cik ? "

Terkejut Pak Dollah mendengar lamaran Kamil .

" Apa? Kau cakap apa ni Kamil ? Apa yang engkau ada nak tanggung anak aku ? " soal Pak Dollah bertubi-tubi.

" Saya memang takde apa-apa pak cik tapi saya sayang dia,saya akan jaga dia dengan baik. Saya janji pak cik," kata Kamil bersungguh-sungguh.

"Kamil, kamu banyakkan istighfar soal kahwin ni bukan soal main-main,sayang kamu tu tak boleh bagi nasi,baju,tempat tinggal pada anak pak cik," kata Pak Dollah tegas.

Kamil pulang dengan perasaan hampa. Dia termenung melihat pemandangan sawah padi yang berada di belakang rumahnya sambil mendengar IKIM.FM. Pada dia termenung dia tersentuh dengan kata-kata penceramah dalam slot berkaitan rumahtangga.

"Seorang suami adalah ketua pada isterinya.Suami  wajib menyediakan keperluan untuk isterinya seperti pakaian,makanan,rumah dan lain-lain.Tujuan sebuah perkahwinan adalah untuk memenuhi fitrah manusia,menyambung keturunan umat Nabi Muhammad,mengikut sunnah baginda dan pelbagai sebab lain.Dosa seorang isteri akan ditanggung suami dalam konteks aurat,percakapan,dan ketaatan. Seorang suami perlu sempurna agamanya,solat jamaah,puasa dan lain-lain. Hubungan yang dibina sebelum perkahwinan yang merupakan perkara yang mendekati zina sangat ditegah Allah dalam Quran yang mana rahmat Allah tidak akan bersama dengan pasangan itu selepas mereka mendirikan rumahtangga."

Kamil terdiam. Dia kini sedar banyak perkara yang perlu dia baiki,sangat banyak. Target Kamil selepas dia habis pengajian dalam bidang perubatan,dia akan melamar Sarah semula dan dia memilih cara yang terhormat dimana dia tidak mahu mendekati zina,dengan tidak mengadakan apa-apa hubungan cinta dengan Sarah kerana takut akan azab Allah,soal jodoh dibiarkan kepada Allah.Usahanya adalah menambahkan ilmu dari semua sudut dan menyimpan wang dari sumber pencarian yang halal tanpa syubhah.




K.K sebenarnya kursus kahwin. Alhamdulillah saya dan rakan-rakan yang lain selamat menuntut ilmu dalam kursus kahwin ini yang mana sebenarnya belum cukup. Pergi dengan kawan-kawan waktu belajar ini sebenarnya satu pengalaman yang bagus. Kursus kahwin ini bukan untuk orang yang nak kahwin dalam masa terdekat ja tapi macam kami pelajar universiti ini,ini peluang kami mengisi cuti dengan menuntut ilmu. Lepas ini boleh pi K.H pula,kursus haji,selagi masih diberi peluang ini cepat-cepatlah kita lengkapkan rukun Islam yang kelima tu dengan izinNya :)