BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.........
Dai'e tu apa....? mad'u tu apa.......?
Dai'e tu orang yang memberi dakwah...
Mad'u tu orang yang menerima dakwah atau didakwahkan...
Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan seperti apa yang dirancang oleh Allah
Dalam masa dua hari ini membuatkan saya berfikir
muhasabah
mencari apa silap yang saya dah buat?
mencari kesalahan atau kezaliman apa yang saya dah buat pada org lain?
sehingga saya dizalimi atau saya yang menzalimi diri sendiri
sampai hilang fokus dalam hafalan surah yang dah dihafal dan yang dah ditasmi' bersama2 teman2
disebabkan masalah yang tak munasabah
Allahu rabbi,sedangkan minggu ini saya akan bersama dgn beberapa akhwat utk program di Shah Alam,reunion dgn sahabt2,urusan universiti,urusan mdsa,urusan mpp,urusan keluarga
semoga Allah bg kekuatan dan memudahkan urusan
syukur pada ALLAH kerana menyelamatkan hatiku,imanku
sebelumku hanyut dgn dunia yg tidak kekal
mencari ilmu bukan letaknya pada usrah semata2
mengembaralah,bergurulah,dan sertailah majlis2 ilmu
cari bahan bacaan yang mendekatkan diri kita pada ALLAH
seperti apa yang dikatakan ustad ebit
AGAMA ITU UNTUK MEREKA YANG BERUSAHA
YA Allah,adakah aku golongan yang berusaha?
YA Allah.adakah aku golongan yang mengamalkan apa yang dikatakan dalam Al-Quran?
Atau aku lebih memandang kehidupan dunia,manusia yang suatu hari akan mati sebagai yang utama dari Engkau?
terima kasih YA Allah kerana Quran itu sangat sempurna,kerana ada jawapan untuk segala kesulitan
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
semoga aku tergolong dalam golongan yang beriman dan istiqomah
Sebuah hadis Ahmad daripada At-Tabrani bersumberkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; Nabi membahagikan hati kepada 4:
1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
2) HATI yang hitam dan terbalik kedudukannya (ATAS KE BAWAH dan SEBALIKNYA). Itu adalah hati orang-orang kafir.
3) HATI yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4) HATI yang musfah (melintang) tidak berdiri tegak dan tidak terjungkir. Di situ ada keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah dia tergolong.
Kita hanya mahu HATI yang pertama iaitu hati yang bersih kerana itulah syarat yang Allah tetapkan bagi kita untuk menemuiNya.
tiada siapa yang bagus dan baik yang hebat tapi sama2 kita baiki kelemahan dan kesilapan
saya akan berusaha untuk menjadi dai'e dan mad'u yg baik dan meningkatkan pengetahuan ttg agama
terima kasih untuk sahabat2,kakak2,adik2 yang sentiasa memberi kata2 perangsang dan menaikkn semangat
sambil akak mengajak dan berkongsi ilmu dgn adik2 akak juga belajar banyak dr adik2
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.