Monday, May 13, 2013

RAUDATUS SAKINAH

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM....

Assalamualaikum semua...mcm biasa hope semua sihat2...ceria2...and xmau tension2 oke? ^_^

Alhamdulillah, atas izin-Nya...kami pelajar perempuan first year dental USIM, selamat menyelesaikan misi kami yang pertama..! Misi kami untuk memahami masalah masyarakat dan membantu mereka diluar sana. semua mesti tertanya2,apa itu Raudatus sakinah??

Raudatus Sakinah merupakan satu organisasi yang menempatkan muslimat2 yang tersilap langkah. Kami disana adalah untuk memberi sokongan,sedikit tarbiyah,dakwah sekali gus membantu menaikkan semangat mereka agar tidak sesekali menoleh kebelakang melihat masa silam mereka.

Sebagai yang menguruskan program, saya merasakan ini adalah satu program yang dapat membuka minda dan pemikiran saya serta sahabt2 untuk melihat dan mempelajari sesesuatu daripada mereka pelatih RS.
Di sana lingkungan umur mereka dr 15-24 tahun,tapi kami dinasihatkan untuk merahsiakan umur kami agar mereka yang lebih berusia dr kami menghormati kami sepanjang program dijalankan. Kami juga dinasihatkan untuk membahasakan diri kami sebagai kakak. Selain itu,pelajar disitu mereka 100% terlibat dengan z**a dan lebih kurang 70% h***l.

Slot yg pertama iaitu slot taaruf dikendalikan oleh sahabat saya Hashima. Slot ini digunakan sebaik mungkin untuk mengenali mereka. Seterusnya, slot Muhasabah yang sepatutnya dikendalikan oleh sahabat saya Liana tetapi sebelum itu kami  mendengar luahan hati seorang pelatih yang datang dari Sarawak. Masha ALLAH,pengakuan dari pelatih ini membuatkan kami semua menitiskan air mata,bukan sahaja kami malah dari kalangan pelatih itu juga turut merasainya.

"Saya dr SARAWAK..(senyap)... dia menangis....tidak dpt meneruskan kata-kata"

Saat itu segar dalam memori saya...sebak,saya meluru kearah dia,memberi semangat...

"Adik kuat,akak tahu adik kuat...adik berani...kuatkan semangat..ingat ALLAH dik.."

Saya ulang kata-kata ini banyak kali sehingga dia tenang dan meneruskan kata-kata..

"Saya tak kenal al-Quran, saya xpernah solat kak..saya clubbing,sya minum arak..tersekat2 dia menceritakan kisah dia..selang-seli dgn tangisan..."

Ya Allah, saya betul2 terkejut bila dengar kisah lampau dia..dan memikirkan betapa kasihnya ALLAH kepada dia kerana memilih dan membuka jalan untuk dia bertaubat..Cuba kita renungkan masyarakat diluar sana yang masih dalam keadaan yang sama.. tugas kita bukan setakat ini..jauh lagi...dakwah tidak akn pernah berhenti.............

Selepas itu,slot tarbiyah dr saya sendiri.. Insan yg biasa dengan ilmu yang sedikit saya berkongsi dengan mereka untuk menaikkan semula semangat mereka...selebihnya tawakal..saya hanya mampu mengajak dan berkongsi selebihnya terletak ditangan mereka..tetapi sebelum itu saya menayangkan video Taubat & Harapan dari Dr. Asri..sgt menyentuh dan berkaitan dengan kehidupan lampau mereka. Ketika sesi tarbiyah itu dapat saya lihat wajah2 mereka yang penuh dgn penyesalan dan ingin kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.



penerangan dr pihak RS
arnab sebagi terapi setelah anak mereka diambil oleh keluarga angkat
sahabat2 perjuangan dunia dan akhirat ^_^





 pertandingan menghias kek

tarbiyah...x bnyk pun ilmu..hanya membantu memberi inspirasi
terharu melihat Dr yang sudi bersama kami walaupun sempit dan panas


-INI KISAH KAMI-




Sekian...Assalamualaikum ^_^



Sunday, May 5, 2013

APA ITU FAHAMAN SYIAH?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Syiah? Ad ape dgn syiah?? Besar ke pengaruh fahaman syiah nie??? Jom kita bongkar ttg syiah...hmm...da mcm edisi siasat....yg tv 7...zmn dulu kala...

Hmm...apa yg buatkan saya tertarik na study psl fahaman syiah nie?? Nie semua time cousin saya ad buat mjlis kesyukuran sambut bufday ank die...time tu kiteorg ad majlis orientasi kat nilai tp saya dgn kwn2 yg lain pi mjlis tu...time tgh duduk mkn2...tiba2 ad beberapa org Arab nie dtg  mjlis tu...cousin sya mmg ramai kwn foreigner tp majornyer dr iran...iraq...hmm..muka comel2...tudung labuh2...stylista lg tu...tp cousin saya ckp dieorg nie fahaman syiah..maaf yer Universiti mana dirahsiakan...dieorg xdela smpai sebarkan kat kwn2 dieorg psl syiah nie...cuma pelik and rasa nak tahu coz cara die solat pun lain....tp bru skarang na kaji psl syiah nie... salah satu perpecahan umat Islam... sbb fahaman berbeza..ye ke? Actually bkn tu yg buatkan kita umat Islam berpecah tp terjadinya perpecahan ini disebabkan masing2 rasa masing2 betul and xna faham n hormat yg lain... tp x bermaksud kita akn biarkan kebatilan tertegak di muka bumi and kebenaran tertanam di dalam perut bumi !


Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

copy dr blog bahayasyiah.blogspot.com/

Selain itu, mereka ckup xsuka sahabat2 Nabi, isteri Nabi seperti Aishah...ade yang kata Syiah ini bkan dalam 
kategori orang Islam lagi tapi sejauh mana hukum itu saya x tahu.. 


ini Imam 12 yang didakwa mereka..antaranya Saidina Ali yang dilakar wajahnya..

Upacara ketika menyambut hari Asyura

Cara mereka bersolat...sujud diatas batu karbala
Banyak lagi na kongsi tapi ilmu x ckup...n banyak lagi sebenarnya yang kita kena tahu pasal Islam....jgn penjam mata and biarkan je....sbb benda ini semua akan mnjadi hujah untuk non-muslim..

Assalamualaikum