Sunday, August 18, 2013

KEJUJURAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah, tidak pasti bagaimana hendak gambarkan perasaan sekarang. Sekarang kita dapat nilai ukhuwah kita fillah atau tidak .







Ukhuwah dibina kerana Allah,pasti juga akan ada perselisihan kerana Allah hendak kita mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Dalam bersahabat tiada siapa yang berhak menilai diri sama ada diri ini layak atau tidak bersahabat dengan seseorang. Tiada juga istilah "  Dia baik, aq biasa2 je ".. Ini nasihatku :

Tiada siapa yang baik, tapi yang ada ialah mereka yang berusaha menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya, jika kita tahu hakikat ini kita akan berlumba-lumba untuk mengisi hari kita dengan kebaikan dan bergaul dengan mereka yang sama-sama inginkan kebaikan.

Sahabat2 akhwat yang membaca entri ini,  saat engkau masih mendaki mencari ilmu peganglah erat tanganku dan marilah kita sama-sama mendaki ,saat aq pantas kehadapan dan tertinggalkan kamu, ingatkanlah aq kerana aq mudah lupa.

Ujian ada banyak cabang, hati,persahabatan,nikmat dunia,keluarga,anak-anak,isteri,harta,kematian,kesakitan dan macam-macam lagi.

Yang lepas biarkanlah lepas, kita jadikan pengajaran.

Soal hati,maklumla ramai kawan2 yang hendak mendirikan rumahtangga. Pesanku untuk diriku dan sahabat2 akhwat yang lain :

Untuk kita bersama-sama membina keluarga islami dengan pasangan kita, timbalah ilmu sebanyaknya.
Bagi saya, rumahtangga ini bukan perkara yang mudah ia memerlukan pemahaman yang mendalam,bukan hanya pergi kursus kahwin dan bukan sahaja na ikut-ikut, kawan kahwin kita pun na kahwin tetapi ia lebih dari itu.

Dan yakinlah dengan Allah,

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

 Dan kita berdoala kepada Allah,

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Dan bersabarlah,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (2:45)


(pray4Egypt,Syria,Gaza,RohingyaandallMuslimallovertheworld)



Thursday, August 15, 2013

HMM...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah cuti yang ada ini digunakan sebaik mungkin,berlumba-lumba adik beradik nak pastikan mak gembira..harta yang tidak ternilai,dapat tengok mak gembira rasa semua keletihan hilang.

Masa diisi macam mana?

Apa yang dimaksudkan dengan menyibukkan diri ?

Kena sibuk sangat2 ke?

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buat.

Na kongsi sikit perkara yang jadi baru-baru ni,dalam pada kita sibuk ada juga yang bercerita pasal kita..

Kawan,sahabat bagi saya membawa maksud yang sama. Dah kata kawan terpulang pada kita na cerita apa dekat dia dari A-----Z pasal kehidupan,kenangan dulu2,sekarang..Okay tapi apa yang saya na cerita sekarang apa perasaan kita bila ada yang tidak menjaga perasaan kawan lepas tu cerita macam2..?

Of course marah kan?

Tapi masalah takkan selesai selagi kita tak tanya perkara sebenar...tapi biasala banyak perkara yang akan putar belit..inilah yang dikatakan ujian..kena banyakkan bersabar dengan sikap kawan2..ya selama ni memang saya akan gunakan pendekatan yang lebih lembut tapi bila buat macam itu nampaknya ada yang senang na pijak kita..lemah sangat..jadi terpaksa nampak garang even itu bukan sikap kita..

Satu perkara yang saya belajar dari apa yang terjadi jangan percaya sesiapa 100%...


Okay,balik pada perkara awal sekali,isi masa kita...

1) Family - Tolong mak,bawa adik2 pi taman, gembirakan hati mak selagi kita mampu...

2) Ibadah - Try istiqamah kerjakan ibadah sunat, macam kami pelajar USIM semestinya kena ulang ayat2 Quran yang da hafal tu, bulan Syawal ni bolehla buat puasa sunat enam hari


3) Kawan - Tengah raya ni bolehla pi jalan2 raya rumah kawan2 tadika,skolah rendah,sekolah menengah dan cikgu..kawan2 uni. Lpas tu,eratkan ukhuwah dengan contact dan mesej kawan2 tapi akhwat dgn akhwat, ikhwah dgn ikhwah..hmm,dkat sini kita boleh check dan muhasabah diri kita kalu dekat fon kita buka je whatapps,line, viber  tengok berapa banyak mesej kita dgn yg opposite gender ni..yalah benda free senang na contact dgn berlainan jantina maksudnya kalu buka fon tu berderet mesej akhwat dan ikhwah check balik ibadah kita dan hati kita lagi2 macam saya yang tengah mencari tarbiyah senang cerita budak usrah..yalah,masuk usrah nie bukan na bagi orang jatuh thiqah kat kita sebab malu rasanya na cakap pasal thiqah ni sebab tak layak..bukan na rasa alim sangat bila orang panggil kita ikhwah or akhwat dan bukan sebab na cari orang na buat kumpulan tapi sebab kita dahagakan ilmu dan tarbiyah,jadi na ajak orang kena juga muhasabah diri dan kita nak orang faham apa motifnya usrah ni?tarbiyah? Takut jadi fitnah.. Kita na sahabat2 seperjuangan rasa nikmatnya tarbiyah ni.Kena bina kekuatan bila ajakan kita ditolak,bila kita difitnah..sabar.