Wednesday, July 31, 2013

LAILATUL QADAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Minggu lepas saya sekeluarga ada menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan Ustazah Asni Mansor. Rasanya semua kenal. Tak pasti sama ada saya yang baru tahu perkara yang semua orang dah tahu,tapi walaupun semua dah tahu rasa nak kongsi juga..

Kenapa agaknya Allah bagi malam lailatul qadar ni ?

Kisahnya begini pada zaman nabi dulu, ada sahabat yang cemburu dengan nabi

-nabi keturunan bani israil seperti nabi Ayub,Zakaria dan Yushak yang mana mereka beribadat selama 80 tahun lebih. Seperti mana yang semua tahu orang yang hidup di zaman nabi Muhammad dan setelah kewafatan baginda umurnya singkat2,pendek2..jadi bagaimana kita semua nak beribadat selama 80 tahun lebih ? Jadi Allah turunkan surah al-qadr bagi menggembirakan hati hamba2 Allah yang sangat suka beribadah.


Pada ayat ketiga cuba kita lihat,yang mana Allah menyebut ada satu malam yang mana lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar. 1000 bulan = 83 tahun lebih,lihatlah betapa kasihnya Allah pada umat nabi Muhammad yang mana hanya satu malam sahaja ganjaran ibadah kita bersamaan dengan 83 tahun lebih kita beribadah. Masha Allah.

Saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat2,sama-sama kita cuba menghidupkan lailatul qadar. Insha Allah,soal dapat atau tidak itu soal kedua. Apa yang penting ialah kita berusaha. oke ? =)
Ada lagi satu perkara yang saya baru tahu, ustazah kata ada satu riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w mendapat gelaran Habibullah iaitu kekasih Allah.

Kisahnya macam ini,

Allah bertanya kepada Nabi Ibrahim " Siapakah kamu? "
Nabi Ibrahim menjawab " Ana kholilullah " 

Seterusnya Allah bertanya Nabi Musa " Siapakah kamu ?"
Nabi Musa menjawab " Saya orang yang boleh bercakap dengan Allah "

Allah bertanya kepada Nabi Nuh " Siapakah kamu ?"
Nabi Nuh menjawab " Saya yang diselamatkan Allah "

Allah bertanya kepada Nabi Isa " Siapakah kamu? "
Nabi Isa menjawab " Saya ruh Allah,sebab seperti mana yang semua tahu Allah meniupkan ruh ke dalam rahim Maryam "

Dan akhir sekali, Allah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w " Siapakah kamu ?"
Tahu apa Nabi Muhammad jawab, masa saya dengar jawapan baginda rasa kerdil sangat diri ini untuk berbangga dengan apa yang kita ada..
Baginda menjawab " Saya yatim wahai Allah, saya buta huruf saya tidak dapat membaca dan menulis wahai Allah "
Allah terus memanggil baginda lalu Allah kata bahawa Allah sendiri yang akan memberi gelaran kepada Rasulullah " Anta Habibullah, Engkaulah kekasih Aku "

Nabi-nabi lain memberi gelaran kepada mereka sendiri tetapi lihat betapa indah dan tingginya akhlak Rasulullah yang mana baginda cukup merendah diri oleh sebab itu Nabi Muhammad merupakan satu-satu nabi yang mampu memberi syafaat.

Saya minta maaf jika ada kesilapan dalam perkongsian ini. Hope boleh diperbetulkan =)




Monday, July 29, 2013

TAHUN 1 =D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Selesai sudah tahun satu, cukup ke 3 Alhamdulillah bagi menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah?
Sudah semestinya tak cukup..hmm..banyak sangat nikmat yang Allah da bagi jika hendak dibandingkan dengan ujian yang kita dah lalui.. Subhanallah

Tahun satu di Fakulti Pergigian Usim ini baru permulaan yang sikit, tahun2 yang akan datang lebih mencabar dan mungkin lebih menyeronokkan(dapat teruskan misi jalan2 cari makan)....

serumah dengan akak2 tahun lima actually sangat2 best..macam2 benda boleh belajar bila tengok cara akak2 ni semua uruskan kehidupan diaorg,dan bagi saya sendiri waktu study dekat universiti ni adalah masa untuk kita menimba seberapa banyak pengalaman,ikut semua aktiviti2 universiti..pi daki gunung..masuk gua..pi ziarah orang tua dan remaja yang bermasalah cukup mematangkan pemikiran kami semua dalam melihat dan menilai kehidupan yang sebenar.Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, Allah melengkapkan manusia dengan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penguasaan ilmu membolehkan manusia menguruskan alam. Mengambil manfaat daripada kejadian langit, bumi, lautan dan pada masa yang sama mentadbir umat manusia supaya berakhlak mulia, mengejar kemajuan, membina tamadun serta dapat menguasai pelbagai bidang ilmu menepati ciri hamba yang taat dan bertakwa.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 58)

Al-Quran menceritakan yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia." (Surah al-Ahzab, ayat 72)






masjid besi
Terima kasih juga kepada sahabat2 yang ada disekeliling,waktu susah,senang,sedih,gembira..oke stop da msuk part rindu2..maklumla cuti sebulan lebih..memang xkan dilupakan jasa semua..hope sem depan ukhuwah kita makin utuh.. ^_^







BATCH KAMI =)

pengalaman baru..terlibat dengan organisasi dental seluruh Malaysia
hope dipermudahkan =)