Sebelum na teruskan,minta maaf sebab dah lama sangat x update blog...sorry..sorry..sorry
Tapi yang lucunya bila first year ramai yang tegur
"Kak mira ada blogkan? Saya stalk blog akak "
"yang mana yer blog akak(pura-pura xkenal blog sendiri)"
"yang smile-smile tu" =) (tahan rasa na ketawa ja)
Terfikir bukan blog ni untuk semua baca ke...? xpe2 akak faham sampai instgram pun habis semua distalknyer xpe2 as long as awak perempuan, ya dialu-alukan awak semua follow akak...
Alhamdulillah dapat bersama dengan adik2 dalam 2 program yang dijalankan bersama sahabat2 dan senior2 yg lain.. ukhuwwah itu sangat manis bila kita dapat berkongsi bersama suka,tawa,duka..
tapi ukhuwwah itu sangat pedih bila bertepuk sebelah tangan misalnya kita sayang sahabat kita kerana Allah tapi sayang dia tidak merasai seperti yang kita rasa sebab itulah timbul masalah duri dalam daging,gunting dalam lipatan,buka aib kawan,sebarkan rahsia kawan..
Sekadar na kongsi pengalaman saya bersama dengan adik2 junior...naluri seorang kakak sulung tu mmg xboleh lari dari diri disebabkan terbiasa melayan budak-budak..
Setiap orang ada masalah sendiri...Alhamdulillah ada segelintir adik2 berkongsi masalah family one by one dengan saya..hmm, Allah Maha Penyayang...mmg xsangka saat kita rasa sedih sebenarnya ada yg lg sedih kehidupan dia dari kita...
Ada yg ayah sakit, abang sakit xsembuh2,masalah kewangan family...Allah sayang hamba2 Dia sbb tu Allah bg ujian supaya kita tidak sesekali melupakan Dia..
okay kita masuk pasal tarbiyah pula...
Tarbiyah,Usrah...hmm...masih jauh,masih fasa memahami,fasa meniti cari ilmu
Jalan yang kita pilih ini jalan untuk kita baiki diri kita,sahabat2,keluarga dan masyarakat sekeliling
Jalan ini awalnya indah rasa nikmat tarbiyah tp as time goes by perasaan itu akan diganggu
dengan masalah dunia yang melalaikan
saat itu perasaan bosan datang mengetuk
perasaan letih datang menerpa
perasaan rasa diri dah cukup ilmu mula menjalar
Sebab itu bila adik2 tanya akak
"Kak mira cuba cerita pasal usrah"
Okay akak bagi kronologi SPM...semua pelajar nak amik SPM tujuan dia satu SPM tapi dieorg gunakan medium sekolah yang berbeza2...macam itula usrah tujuan sama na capai daulah islam tapi cara berbeza-beza..tiada siapa yang salah.
Pasal perasaan bosan pula, na hadapi dia mudah kronologi akak bagi solat...tiap2 hari kita solat buat benda yang sama..mungkin kita xrasa perasaan bosan tapi orang lain ada tau yang rasa macam itu so apa solusinya?
Solat diawal waktu....lpastu kalau bosan lagi belajar duduk dekat sejadah awal 5 min sebelum solat...
Islam ni mudah tapi jangan memudah-mudahkan..Islam ni indah dan lengkap =)
Akak just mampu cerita surface pasal maratib amal,pasal jemaah2 yang ada tapi based on knowledge yang akak tahu...mcm2 soalan adik2 yang akk rasa xperlu cerita dalam blog sebab kita kena menyantuni pendekatan jemaah2 lain juga...next time kita pi keluar sama2 kita sambung cerita..ni ada sikit yang akak copy dari blog http://maalimfitariq.wordpress.com/category/tarbiyah/
Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah. Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.
Para Syuyukh Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk di dalam wasilah tarbiyah. Syeikh Hasan al-Hudhaibi pernah menyatakan :
“ Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan hal ini pada diri mereka, maka benarlah mereka akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman..”